Mungkin bidang ini baru di Malaysia dan ramai yang tidak menyedari kehadiran bidang ini. Tetapi bidang ini amat penting dan semakin diperlukan oleh sektor penjagaan kesihatan.
Syukur kerana diberi peluang menjalankan latihan industri di hospital ketika di tahun 3. Skop latihan industri ini lebih kepada mengenali dan memahami konsep setiap peralatan perubatan. Di kampus, kami di ajar teori tetapi di hospital kami didedahkan dengan peralatan perubatan secara 'hands-on'
Suasana bilik pembedahan |
Jika dilihat dalam bilik pembedahan ini, ada banyak peralatan elektronik. Jadi tugas unit BEMS(Biomedical Engineering Maintenance and Services) adalah memantau dan mengawal selia semua peralatan ini.
Defibrillator. Alat ini digunakan untuk 'menghidupkan' kembali jantung. |
Anesthesia System. Alat ini digunakan untuk 'bius'pesakit yang akan dibedah |
Endoscope. Teropong bukan sebarang teropong. Alat ini dimasukkan dalam badan pesakit melalui saluran-saluran badan untuk melihat keadaan dalaman pesakit. |
Syringe pump. Alat ini akan menyalurkan ubat kepada pesakit melalui Intravenous Line (ayaq masuk kat tangan tue..) |
Centrifuge. Salah satu kegunaan alat ini untuk mengasingkan komponen dalam darah. Alat ini akan berputar beribu-ribu pusingan dalam satu minit |
Gamma Camera. Tujuannya sama macam CT Scan iaitu untuk mengesan penyakit seperti kanser, tumor dan sebagainya. Tetapi kaedah yang digunakan adalah berbeza, Pesakit akan diberi bahan radioaktif, dan camera ini akan merakam gambar aktiviti bahan radioaktif dalam badan. Bacaan lanjut: Nuclear Medicine |
Engr. Zulfadhli Osman (walaupun tak jadi engineer) |