Mungkin bidang ini baru di Malaysia dan ramai yang tidak menyedari kehadiran bidang ini. Tetapi bidang ini amat penting dan semakin diperlukan oleh sektor penjagaan kesihatan.
Syukur kerana diberi peluang menjalankan latihan industri di hospital ketika di tahun 3. Skop latihan industri ini lebih kepada mengenali dan memahami konsep setiap peralatan perubatan. Di kampus, kami di ajar teori tetapi di hospital kami didedahkan dengan peralatan perubatan secara 'hands-on'
Suasana bilik pembedahan |
Jika dilihat dalam bilik pembedahan ini, ada banyak peralatan elektronik. Jadi tugas unit BEMS(Biomedical Engineering Maintenance and Services) adalah memantau dan mengawal selia semua peralatan ini.
Defibrillator. Alat ini digunakan untuk 'menghidupkan' kembali jantung. |
Anesthesia System. Alat ini digunakan untuk 'bius'pesakit yang akan dibedah |
Endoscope. Teropong bukan sebarang teropong. Alat ini dimasukkan dalam badan pesakit melalui saluran-saluran badan untuk melihat keadaan dalaman pesakit. |
Syringe pump. Alat ini akan menyalurkan ubat kepada pesakit melalui Intravenous Line (ayaq masuk kat tangan tue..) |
Centrifuge. Salah satu kegunaan alat ini untuk mengasingkan komponen dalam darah. Alat ini akan berputar beribu-ribu pusingan dalam satu minit |
Gamma Camera. Tujuannya sama macam CT Scan iaitu untuk mengesan penyakit seperti kanser, tumor dan sebagainya. Tetapi kaedah yang digunakan adalah berbeza, Pesakit akan diberi bahan radioaktif, dan camera ini akan merakam gambar aktiviti bahan radioaktif dalam badan. Bacaan lanjut: Nuclear Medicine |
Engr. Zulfadhli Osman (walaupun tak jadi engineer) |
Admin, nak tanya? Lepas course ni, boleh sambung course biomedical engineering for degree tak?
ReplyDeleteNak tanya... course niii menjamin peluang kerja tak bila abis belajar nanti
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya telah menyarankan anak saya untuk mengambil kursus ini yang hanya diadakan di politeknik SAAS . memandangkan kursus ini kurang diberi perhatian kerana tidak ramai yang tahu mungkin sebb kurangnya promosi atau sebaliknyatetapi permintaan kerjaya dalam bidang ini amat luas kerana banyak hospital kerajaan dan swasta yang tumbuh seperti cendawan yang mana memang memerlukan kepakaran didalam maintaining medical item ini.betul tak?
ReplyDeletebetul dan saya setuju
Deletenk tanya..tuan menjalani latihan industri di hospital mana ye?
ReplyDeletenak Tanya, Ni banyak belajar pasal electric and electronic ke
ReplyDelete