Saturday 9 August 2014

Jom join IMDC 2015 !

Saya merupakan salah seorang peserta Innovate Malaysia Design Competition 2014. Saya ingin berkongsi pengalaman agar lebih ramai pelajar akhirnya berjaya membina impian dan mengukir kejayaan!


Sejujurnya, saya memang tidak tahu apa-apa berkaitan IMDC. Pada awalnya, saya diperkenalkan dengan pertandingan ini oleh penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) saya, Dr Afandi Ahmad. Beliau 'mewajibkan' semua pelajar di bawah seliaannya menyertai IMDC kerana beliau mahu kami menimba pengalaman dan belajar sesuatu yang luar biasa. Pada peringkat awalnya, saya memang takut-takut dan langsung tiada keyakinan. Saya bukanlah pelajar cemerlang. Buat litar pun kadang-kadang tak menjadi. Tapi setelah “dibasuh” oleh penyelia, keyakinan saya mula menebal untuk membuktikan sesuatu!

Selepas mendaftar, penganjur meminta peserta menyediakan kertas cadangan projek untuk dinilai dan diperakukan untuk penyertaan. Kertas cadangan kajian saya sediakan dengan penelitian oleh penyelia dan akhirnya cadangan kajian kami diterima untuk dipertandingkan. Ini kejayaan pertama buat saya dan saya begitu teruja!

Selepas layak bertanding, jadual saya menjadi semakin padat. Tuntutan kerja akademik juga perlu saya selesaikan dan terdapat juga jadual IMDC yang saya perlu kejar. Saya diminta hadir dalam pelbagai bengkel perisian (software) secara PERCUMA, serta perisian FREE TRIAL sepanjang tempoh pertandingan juga diberikan. Jadi tak perlu risau jika anda tiada perisian dan tidak mahir menggunakannya. 

Selain dari bengkel perisian, peserta juga didedahkan dengan cara-cara yang terbaik untuk menulis kertas teknikal (jurnal dan tesis) . Jadi, pengetahuan yang diperolehi boleh digunakan untuk pertandingan dan PSM anda kelak. Konsultansi perisian juga diberikan kepada peserta-peserta, maknanya anda boleh merujuk individu-individu yang pakar berkaitan perisian dan perkakasan yang anda gunakan dalam pertandingan ini. Mereka sangat peramah dan sangat membantu. Selain itu, penganjur juga menyediakan ruang perbincangan atas talian, ini bagi membolehkan peserta-peserta bertukar-tukar pengetahuan dan berdiskusi dalam isu-isu berkaitan projek yang dijalankan.

Pertandingan ini memberikan saya pengalaman yang amat beharga. Mengajar saya lebih mengenali diri serta mencabar kemampuan saya. Penyelia saya juga banyak membantu dan memberi motivasi pada saat saya hilang idea dan kecewa terhadap eksperimen yang tidak menjadi.

Dengan izinNya, saya tersenarai dalam lima (5) kajian terbaik bagi trek Mathsworks dan bakal membawa nama FKEE dan UTHM pada peringkat akhir, 28 Ogos 2014. Saya bakal berentap dengan IPT-IPT lain yang gah namanya. Namun, sejujurnya saya telah merasakan diri saya telah menang kerana keluar dari kepompong kebiasaan dan mengukir sejarah baharu untuk diri saya. Menang atau tidak selepas ini hanyalah adat pertandingan!





Doakan untuk UTHM !




Technical Article Writting Workshop yg disampaikan oleh Prof. Dr. Ong Duu Sheng, Vice President (Academic) dari MMU.

Bengkel Perisian Matlab & Simulink oleh jurutera perisian

Pembentangan projek ketika saringan ke peringkat akhir

Bersama penyelia PSM, Dr Afandi Ahmad

Klik disini untuk maklumat lanjut tentang Innovate Malaysia Design Competition 2015

No comments:

Post a Comment