Tuesday 16 September 2014

Kejuruteraan Elektronik Perubatan...

Mungkin bidang ini baru di Malaysia dan ramai yang tidak menyedari kehadiran bidang ini. Tetapi bidang ini amat penting dan semakin diperlukan oleh sektor penjagaan kesihatan.

Syukur kerana diberi peluang menjalankan latihan industri di hospital ketika di tahun 3. Skop latihan industri ini lebih kepada mengenali dan memahami konsep setiap peralatan perubatan. Di kampus, kami di ajar teori tetapi di hospital kami didedahkan dengan peralatan perubatan secara 'hands-on'


Suasana bilik pembedahan
Jika dilihat dalam bilik pembedahan ini, ada banyak peralatan elektronik. Jadi tugas unit BEMS(Biomedical Engineering Maintenance and Services) adalah memantau dan mengawal selia semua peralatan ini.

Defibrillator. Alat ini digunakan untuk 'menghidupkan' kembali jantung. 

Anesthesia System. Alat ini digunakan untuk 'bius'pesakit yang akan dibedah

Endoscope. Teropong bukan sebarang teropong. Alat ini dimasukkan dalam badan pesakit melalui saluran-saluran badan untuk melihat keadaan dalaman pesakit.

Syringe pump. Alat ini akan menyalurkan ubat kepada pesakit melalui Intravenous Line (ayaq masuk kat tangan tue..) 

Centrifuge. Salah satu kegunaan alat ini untuk mengasingkan komponen dalam darah. Alat ini akan berputar beribu-ribu pusingan dalam satu minit

Gamma Camera. Tujuannya sama macam CT Scan iaitu untuk mengesan penyakit seperti kanser, tumor dan sebagainya. Tetapi kaedah yang digunakan adalah berbeza, Pesakit akan diberi bahan radioaktif, dan camera ini akan merakam gambar aktiviti bahan radioaktif dalam badan. Bacaan lanjut: Nuclear Medicine

Engr. Zulfadhli Osman
(walaupun tak jadi engineer)

7 comments:

  1. Admin, nak tanya? Lepas course ni, boleh sambung course biomedical engineering for degree tak?

    ReplyDelete
  2. Nak tanya... course niii menjamin peluang kerja tak bila abis belajar nanti

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. saya telah menyarankan anak saya untuk mengambil kursus ini yang hanya diadakan di politeknik SAAS . memandangkan kursus ini kurang diberi perhatian kerana tidak ramai yang tahu mungkin sebb kurangnya promosi atau sebaliknyatetapi permintaan kerjaya dalam bidang ini amat luas kerana banyak hospital kerajaan dan swasta yang tumbuh seperti cendawan yang mana memang memerlukan kepakaran didalam maintaining medical item ini.betul tak?

    ReplyDelete
  5. nk tanya..tuan menjalani latihan industri di hospital mana ye?

    ReplyDelete
  6. nak Tanya, Ni banyak belajar pasal electric and electronic ke

    ReplyDelete