Wednesday 15 October 2014

Bagaimana menghasilkan laporan akhir yang berkualiti

Dalam entry kali ini saya akan berkongsi tentang tips untuk menghasilkan laporan akhir Projek Sarjana Muda yang berkualiti. Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ini, tetapi saya harap dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang ada, dapat membantu sahabat-sahabat. Untuk menyediakan laporan akhir, saya bahagikan kepada tiga(3) bahagian; sebelum, semasa, dan selepas.

Sebelum
  1. Sebelum menulis laporan akhir, anda perlu jelas tentang projek anda. Selain itu, anda perlu tahu apa kelaianan projek anda berbanding projek orang lain.
  2. Bagi pengajian kejuruteraan elektronik, anda perlu tahu setiap komponen elektronik yang digunakan dan spesifikasi teknikal(Boleh rujuk datasheet). Dengan pengetahuan ini, anda akan lebih yakin menghuraikan tentang projek anda dalam bab metedologi kajian.
  3. Sediakan laporan akhir seawal mungkin bagi mengelakkan 'huru hara' saat akhir.
Semasa

Sewaktu saya menyediakan laporan akhir saya rujuk tatacara yang disediakan oleh penyelia saya. Ia sangat membantu. Anda boleh klik di sini untuk mengetahui tatacara penyediakan laporan akhir.

Langkah 1: Rujuk tatacara menyediakan laporan akhir.
Langkah 2: Mula menulis. Jadikan ia sebagai 'Draf 1'. Dalam 'Draf 1' ini anda tulis semua perkara yang anda ingin sampaikan mengikut bab-bab tertentu.
Langkah 3: Apabila selesai 'Draf 1'. Semak kembali, harmonikan ayat dan tambah maklumat yang kurang dan padam ayat yang berulang dan tidak begitu signifikan. Jadikan laporan akhir yang disemak ini sebagai 'Draf 2'.
Langkah 4: Minta penyelia atau kawan yang boleh dipercayai untuk semak. Jika ada pembetulan lakukan dengan segera. Jika anda bertangguh, anda pasti akan lupa! Jadikan laporan yang disemak ini sebagai 'Draf 3'.

Sentiasa semak laporan akhir anda, tambah maklumat yang penting dan 'highlight' kepentingan projek anda dan impak kepada masyarakat.

Selepas

Selepas menyediakan laporan, berbincanglah dengan penyelia tentang laporan akhir anda. Adakah ianya mencapai laporan akhir yang berkualiti.

No comments:

Post a Comment