Friday 7 November 2014

Amanah

Menjadi seorang pendidik adalah satu amanah yang berat. Tugasnya, bukan hanya mengajar ilmu yang ada dalam modul/silibus tetapi seorang pendidik juga perlu membentuk anak didiknya menjadi insan kamil. Itulah cabaran sebenar seorang pendidik.

Saya pernah diberi peluang untuk menjadi guru sekolah menengah. Saya perlu mendidik pelajar menengah rendah. Pada peringkat umur sebegini, sifat kebudak-budakkan masih ada. Sifat nakal, suka main dan tidak fokus itu lumrah pada usia sebegini. Sangat mencabar sebenarnya. Pada ketika itu, saya banyakkan pembacaan tentang cara mendidik remaja. Rupanya, pada usia sebegini mereka perlu dimotivasi dengan memberikan hadiah atau ganjaran jika mereka melakukan kebaikkan atau berjaya melakukan sesuatu. Saya juga perlu tegas untuk menjadikan mereka 'takut' untuk membuat kesalahan yang berulang. Ini merupakan cabaran bagi saya kerana saya bukanlah garang dan susah untuk marah.

Sekarang saya bertugas di kolej swasta yang memerlukan saya mendidik pelajar dewasa, lepasan SPM dan ada yang lebih berusia dari saya. Cabarannya tetap ada tetapi dengan cara yang lain. Jika disekolah dahulu, saya sendiri yang perlu memberi motivasi dengan cara bercerita, memberi ganjaran, menasihati dan memujuk,  tetapi di sini saya tidak boleh melayan mereka seperti pelajar sekolah. Saya perlu membangkitkan rasa motivasi dalaman mereka agar mereka termotivasi dengan sendirinya. Kaedah ini dipanggil Andragogi. Ada beberapa elemen dalam kaedah ini, iaitu:
  • Kurikulum pendidikan dewasa perlu berpusatkan pelajar.
  • Aktiviti pembelajaran perlu dikaitkan dengan pengalaman pelajar.
  • Pelajar dewasa mempunyai arah kendiri.
  • Pelajar harus dilibatkan dengan semua bentuk penilaian.
  • Pelajar adalah berpusatkan masalah.
  • Guru perlu berfungsi sebagai fasilitator.
Nampaknya saya perlu banyakkan pembacaan dan eksperimen agar kelak saya mampu menjadikan anak-anak didik saya menjadi insan yang beriman dan versatil. 






Apa yang mengembirakan hati seorang guru adalah apabila anak didiknya gembira sebab mendapat ilmu yang sebelum ini belum diketahuinya lalu dia mengucapkan " TQ Sir". Itulah moment yang paling gembira, doakan saya terus istiqamah. Segalanya dari Allah....

Wednesday 5 November 2014

Syukur



Kadang-kadang kita berkehendak kepada sesuatu perkara, jadi kitapun berusaha dan tak putus-putus berdoa tetapi kita tak juga mendapat perkara tersebut. Kadang-kadang kita betul-betul mengelak terhadap satu perkara tetapi akhirnya kita ditetapkan dengan perkara tersebut.

Sebenarnya, apa yang kita berkehendak itu mungkin bukan terbaik untuk kita. Ya, kita merasakan ia terbaik tetapi adakah kita menimbang tara kesannya pada masa sekarang dan akan datang? kesannya terhadap orang lain dan sekeliling kita? tidak... Tetapi apa yang terjadi itu adalah kerana Allah sudah melihat dari segala aspek dan itulah yang  terbaik untuk kita.

Jadi, janganlah mengeluh jika apa yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan setelah kita berhempas pulas kearah itu. Terima dengan hati yang terbuka dan bersangka baik terhadap Allah. Pasti, hidup lebih bermakna.

Sunday 26 October 2014

Untukmu Adam

Tatkala Allah titipkan kepadamu seorang Hawa yang baik,
yakinlah itu adalah yang terbaik pilihan dari Allah..
Adakah yang lebih baik daripada pilihan-Nya ?
Maka..sayangi,cintai dan bimbinglah dia menuju 
redha Allah sebagai tanda rasa syukurmu pada si PENCIPTA..

Tatkala dirimu mulai tertarik hati kepada wanita lain,
ingatlah saat pertama dirimu Cuba untuk menakluki hatinya..
Begitu susah payah bukan?
Lantas mengapa setelah engkau dapatkan 
begitu mudah untuk engkau mencampakkannya ketepi ?
Sungguh amat rugilah bagi dirimu
melepaskan kekasih halal yang baik akhlaqnya 
demi wanita lain yang hanya cantik wajahnya tapi buruk akhlaknya..

Sedarilah wahai Adam.
wanita yang cantik wajahnya tanpa dihiasi 
dengan kecantikan akhlaq tidaklah sempurna,
walau pada zahirnya mata itu sudah pun terpaut
dengan kecantikannya namun, seiring perjalanan waktu 
manakala kecantikan itu pasti akan pudar, 
rasa tertarik kita kepadanya pun akan pasti akan berkurang.. Kerana cantik tersebut cumalah asbab..
Ibn qayyim al jauziyyah berkata "cinta akan lenyap bersama lenyapnya asbab"

Berbeza dengan wanita yang cantik akhlaqnya.. Baik akhlaknya, 
Insya Allah dia akan tahu 
bagaimana menyenangkan kekasih halalnya.
Isteri itu amanah.. Maka jaga amanahmu dengan sebaiknya duhai adam..

#copypaste

Monday 20 October 2014

Engr. Zulfadhli Osman, Grad IEM

Alhamdulillah...
Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik

"Ia bukanlah sebuah kejayaan digarisan penamat, tetapi ia merupakan pemulaan dalam persaingan kehidupan. Tetapi saya gembira kerana saya telah berjaya bersaing dengan diri sendiri. Sebab saya sebenarnya seorang yang malas. "

Kejayaan ini merupakan berkat doa mak ayah, guru-guru/pensyarah-pensyarah (SK Genting, SK Pulau Betong, SK Kulim, SMK Seri Balik Pulau, Kolej Matrikulasi Kedah, UTHM), sanak saudara, dan rakan-rakan yang mendoakan. Selain itu, ianya hasil didikan dari penyelia yang sabar mendidik tanpa jemu. Sehingga membuat saya jatuh cinta dalam bidang penyelidikkan. 

Terima kasih semua :)

Bersama penyelia, Dr Afandi Ahmad


Sekitar hari konvokesyen....
























Wednesday 15 October 2014

Bagaimana menghasilkan laporan akhir yang berkualiti

Dalam entry kali ini saya akan berkongsi tentang tips untuk menghasilkan laporan akhir Projek Sarjana Muda yang berkualiti. Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ini, tetapi saya harap dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang ada, dapat membantu sahabat-sahabat. Untuk menyediakan laporan akhir, saya bahagikan kepada tiga(3) bahagian; sebelum, semasa, dan selepas.

Sebelum
  1. Sebelum menulis laporan akhir, anda perlu jelas tentang projek anda. Selain itu, anda perlu tahu apa kelaianan projek anda berbanding projek orang lain.
  2. Bagi pengajian kejuruteraan elektronik, anda perlu tahu setiap komponen elektronik yang digunakan dan spesifikasi teknikal(Boleh rujuk datasheet). Dengan pengetahuan ini, anda akan lebih yakin menghuraikan tentang projek anda dalam bab metedologi kajian.
  3. Sediakan laporan akhir seawal mungkin bagi mengelakkan 'huru hara' saat akhir.
Semasa

Sewaktu saya menyediakan laporan akhir saya rujuk tatacara yang disediakan oleh penyelia saya. Ia sangat membantu. Anda boleh klik di sini untuk mengetahui tatacara penyediakan laporan akhir.

Langkah 1: Rujuk tatacara menyediakan laporan akhir.
Langkah 2: Mula menulis. Jadikan ia sebagai 'Draf 1'. Dalam 'Draf 1' ini anda tulis semua perkara yang anda ingin sampaikan mengikut bab-bab tertentu.
Langkah 3: Apabila selesai 'Draf 1'. Semak kembali, harmonikan ayat dan tambah maklumat yang kurang dan padam ayat yang berulang dan tidak begitu signifikan. Jadikan laporan akhir yang disemak ini sebagai 'Draf 2'.
Langkah 4: Minta penyelia atau kawan yang boleh dipercayai untuk semak. Jika ada pembetulan lakukan dengan segera. Jika anda bertangguh, anda pasti akan lupa! Jadikan laporan yang disemak ini sebagai 'Draf 3'.

Sentiasa semak laporan akhir anda, tambah maklumat yang penting dan 'highlight' kepentingan projek anda dan impak kepada masyarakat.

Selepas

Selepas menyediakan laporan, berbincanglah dengan penyelia tentang laporan akhir anda. Adakah ianya mencapai laporan akhir yang berkualiti.

Tuesday 16 September 2014

Kejuruteraan Elektronik Perubatan...

Mungkin bidang ini baru di Malaysia dan ramai yang tidak menyedari kehadiran bidang ini. Tetapi bidang ini amat penting dan semakin diperlukan oleh sektor penjagaan kesihatan.

Syukur kerana diberi peluang menjalankan latihan industri di hospital ketika di tahun 3. Skop latihan industri ini lebih kepada mengenali dan memahami konsep setiap peralatan perubatan. Di kampus, kami di ajar teori tetapi di hospital kami didedahkan dengan peralatan perubatan secara 'hands-on'


Suasana bilik pembedahan
Jika dilihat dalam bilik pembedahan ini, ada banyak peralatan elektronik. Jadi tugas unit BEMS(Biomedical Engineering Maintenance and Services) adalah memantau dan mengawal selia semua peralatan ini.

Defibrillator. Alat ini digunakan untuk 'menghidupkan' kembali jantung. 

Anesthesia System. Alat ini digunakan untuk 'bius'pesakit yang akan dibedah

Endoscope. Teropong bukan sebarang teropong. Alat ini dimasukkan dalam badan pesakit melalui saluran-saluran badan untuk melihat keadaan dalaman pesakit.

Syringe pump. Alat ini akan menyalurkan ubat kepada pesakit melalui Intravenous Line (ayaq masuk kat tangan tue..) 

Centrifuge. Salah satu kegunaan alat ini untuk mengasingkan komponen dalam darah. Alat ini akan berputar beribu-ribu pusingan dalam satu minit

Gamma Camera. Tujuannya sama macam CT Scan iaitu untuk mengesan penyakit seperti kanser, tumor dan sebagainya. Tetapi kaedah yang digunakan adalah berbeza, Pesakit akan diberi bahan radioaktif, dan camera ini akan merakam gambar aktiviti bahan radioaktif dalam badan. Bacaan lanjut: Nuclear Medicine

Engr. Zulfadhli Osman
(walaupun tak jadi engineer)

Saturday 9 August 2014

Jom join IMDC 2015 !

Saya merupakan salah seorang peserta Innovate Malaysia Design Competition 2014. Saya ingin berkongsi pengalaman agar lebih ramai pelajar akhirnya berjaya membina impian dan mengukir kejayaan!


Sejujurnya, saya memang tidak tahu apa-apa berkaitan IMDC. Pada awalnya, saya diperkenalkan dengan pertandingan ini oleh penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) saya, Dr Afandi Ahmad. Beliau 'mewajibkan' semua pelajar di bawah seliaannya menyertai IMDC kerana beliau mahu kami menimba pengalaman dan belajar sesuatu yang luar biasa. Pada peringkat awalnya, saya memang takut-takut dan langsung tiada keyakinan. Saya bukanlah pelajar cemerlang. Buat litar pun kadang-kadang tak menjadi. Tapi setelah “dibasuh” oleh penyelia, keyakinan saya mula menebal untuk membuktikan sesuatu!

Selepas mendaftar, penganjur meminta peserta menyediakan kertas cadangan projek untuk dinilai dan diperakukan untuk penyertaan. Kertas cadangan kajian saya sediakan dengan penelitian oleh penyelia dan akhirnya cadangan kajian kami diterima untuk dipertandingkan. Ini kejayaan pertama buat saya dan saya begitu teruja!

Selepas layak bertanding, jadual saya menjadi semakin padat. Tuntutan kerja akademik juga perlu saya selesaikan dan terdapat juga jadual IMDC yang saya perlu kejar. Saya diminta hadir dalam pelbagai bengkel perisian (software) secara PERCUMA, serta perisian FREE TRIAL sepanjang tempoh pertandingan juga diberikan. Jadi tak perlu risau jika anda tiada perisian dan tidak mahir menggunakannya. 

Selain dari bengkel perisian, peserta juga didedahkan dengan cara-cara yang terbaik untuk menulis kertas teknikal (jurnal dan tesis) . Jadi, pengetahuan yang diperolehi boleh digunakan untuk pertandingan dan PSM anda kelak. Konsultansi perisian juga diberikan kepada peserta-peserta, maknanya anda boleh merujuk individu-individu yang pakar berkaitan perisian dan perkakasan yang anda gunakan dalam pertandingan ini. Mereka sangat peramah dan sangat membantu. Selain itu, penganjur juga menyediakan ruang perbincangan atas talian, ini bagi membolehkan peserta-peserta bertukar-tukar pengetahuan dan berdiskusi dalam isu-isu berkaitan projek yang dijalankan.

Pertandingan ini memberikan saya pengalaman yang amat beharga. Mengajar saya lebih mengenali diri serta mencabar kemampuan saya. Penyelia saya juga banyak membantu dan memberi motivasi pada saat saya hilang idea dan kecewa terhadap eksperimen yang tidak menjadi.

Dengan izinNya, saya tersenarai dalam lima (5) kajian terbaik bagi trek Mathsworks dan bakal membawa nama FKEE dan UTHM pada peringkat akhir, 28 Ogos 2014. Saya bakal berentap dengan IPT-IPT lain yang gah namanya. Namun, sejujurnya saya telah merasakan diri saya telah menang kerana keluar dari kepompong kebiasaan dan mengukir sejarah baharu untuk diri saya. Menang atau tidak selepas ini hanyalah adat pertandingan!





Doakan untuk UTHM !




Technical Article Writting Workshop yg disampaikan oleh Prof. Dr. Ong Duu Sheng, Vice President (Academic) dari MMU.

Bengkel Perisian Matlab & Simulink oleh jurutera perisian

Pembentangan projek ketika saringan ke peringkat akhir

Bersama penyelia PSM, Dr Afandi Ahmad

Klik disini untuk maklumat lanjut tentang Innovate Malaysia Design Competition 2015

Sunday 8 June 2014

Pilih tajuk atau penyelia dalam PSM ?



Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana diberi keizinan untuk menyiapkan projek sarjana muda (PSM) dan diberi peluang untuk mengembangkan kajian ini keperingkat nasional. Saya bukanlah pelajar cemerlang di fakulti, senarai pemegang Anugerah Dekan jauh sekali, tetapi saya cuba jadikan PSM saya sebagai wadah untuk saya mengasah bakat dan untuk menambah ilmu pengetahuan. Kajian yang dilakukan telah dipilih sebagai finalis dalam Innovates Malaysia Design Competition 2014 yang akan bersaing dengan universiti-universiti terkemuka. Selain itu, kajian ini juga diberi peluang untuk dibentangkan dalam IEEE EMBS International Student Conference 2014 di UPM. Disebalik kejayaan yang diraih ini, terdapat seorang insan yang begitu tabah menyelia saya iaitu Dr Afandi Ahmad. Kesabaran dan komitmen yang diberikan olehnya sewaktu penyeliaan ini, saya boleh ketogorikan sebagai penyeliaan yang terbaik.

Jika ditanya , sama ada pilih tajuk atau pilih penyelia ? Saya merasakan kedua-dua elemen itu adalah penting. Dari segi tajuk projek, perlulah memilih projek yang bersesuaian dan mampu memberi sumbangan kepada masyrakat. Jika lebih elok lagi , mampu untuk dikomersialkan. Saya masih ingat sewaktu ingin memilih tajuk. Sebenarnya saya memilih tajuk sendiri, itupun setelah berbincang dengan Dr Afandi dan telah membuat sedikit penyelidikkan sewaktu menjalankan latihan industri di Hospital Pulau Pinang. Saya merasakan tajuk ini mampu untuk diperkembangkan walaupun terdapat beberapa penyelidikkan yang telah dilakukan oleh orang lain. Oleh itu, pemilihan tajuk amat penting. Buang tanggapan projek ‘asal siap’ atau ‘asal ada’, kerana anda tidak akan merasai keseronokkan sewaktu menjalankan kajian.

Pemilihan penyelia juga penting. Jika anda berhajat untuk menjadikan PSM sebagai platform untuk mengubah diri kearah lebih positif, maka pilihlah penyelia yang ‘garang’. Saya masih ingat sewaktu awal-awal dibawah penyeliaan beliau. Ramai yang terkejut apabila saya sendiri memilih beliau untuk dijadikan penyelia. Ada yang mengatakan beliau terlalu tegas, cerewet dan sebagainya. Tetapi, apabila bekerja dengan beliau, saya mula kenal sifat dan karakter beliau. Alhamdulillah, rupanya apa yang dikatakan oleh orang ramai itu, membantu saya untuk kearah yang lebih positif. Beliau mewajibkan pelajar dibawah penyeliaannya memasuki Innovates Malaysia Design Competition. Peluang ini, saya manfaatkan untuk menambah pengetahuan dalam bidang perisian dan mungkin ia berguna pada masa akan datang. Ini kerana pertandingan ini menyediakan kelas-kelas kemahiran perisian secara percuma. Selain dari memasuki pertandingan, kami juga disarankan untuk memasuki IEEE Student Conference. Pernah satu ketika, saya merungut disebabkan terlalu banyak benda harus dilakukan dan agak tertekan. Tetapi, Dr Afandi tetap menasihati dan membantu dengan hikmah walaupun saya tahu beliau sedang marah. Sejak dari itu, saya mula sedar tekanan yang dirasai itu akan menjadikan kita lebih baik jika kita mampu menempuh dengan cara yang betul. Sewaktu penyeliaannya, saya diajar untuk melakukan kerja dengan cermat, berdikari dan bersungguh-sungguh. Apa yang saya boleh katakan di sini, Dr Afandi bukan hanya sekadar penyelia, kerana keprihatinannya ibarat seorang ayah dan keramahannya ibarat seorang sahabat. 

Apa yang dilakukan oleh beliau sepanjang penyeliaannya adalah ingin melihat anak didiknya bukan hanya berjaya dalam PSM semata-mata tetapi berjaya membentuk diri kearah yang lebih baik. Masih teringat kata-katanya “My supervision is NOT only about thesis! Its about life”. Kerana selepas graduasi nilai yang ada pada diri yang akan dipandang oleh majikan bukan hanya PSM.

Akhir kata, kepada rakan-rakan mahasiswa yang akan memilih tajuk PSM, pilihlah tajuk yang bertepatan dan pilihlah penyelia yang komitet terhadap pelajar penyeliaannya. Jadikanlah PSM sebagai medium untuk anda meningkatkan keupayaan diri. Sentiasa keep in touch dengan penyelia. Saya yakin, anda akan berasa puas apabila kajian anda berjaya.

Kepada Dr Afandi, saya ucapkan jutaan terima kasih. Pengalaman bekerja dengan Dr. merupakan pengalaman yang manis dan saya tidak pernah menyesal. Terima kasih juga buat semua staff FKEE yang membantu secara langsung dan tidak langsung. Tidak dilupa kepada ayahanda bonda yang disayangi, sanak saudara dan sahabat-sahabat yang mendoakan.Jazakumullah khairan. 

Doakanlah agar UTHM memenangi Innovate Malaysia Design Competition 2014 

Wednesday 30 April 2014

Kaedah Pewarnaan Haematoxylin & Eosin

Dalam bidang patologi, spesimen biologi seperti sel atau tissue manusia akan di kaji melalui mikroskop elektron untuk mengdiagnos penyakit dan sebagainya. Salah satu limitasi sewaktu memeriksa dan analisis spesimen menggunakan mikroskop elektron adalah kontra warna spesimen. Ini bermaksud, pengkaji sukar untuk melihat setiap komponen-komponen dalam sel secara jelas.

Oleh yang demikian, satu teknik diperkenalkan iaitu ‘staining’ atau pewarnaan. Terdapat beberapa cara melakukan pewarnaan. Salah satunya ‘Haematoxylin and Eosin (H&E) staining’. Dalam cara ini, bahan kimia haemotoxylin(bewarna biru-unggu) akan mewarnakan nuklues sel manakala, bahan kimia eosin( bewarna merah jambu) akan mewarnakan sitoplasma selepas celupan dilakukan menggunakan kedua-dua bahan kimia ini. Hasilnya, terdapat kontra warna pada sel-sel yang ingin dikaji.



Wednesday 22 January 2014

Perjuangan

Perjuangan umpama menaiki bahtera di lautan yang sangat bergelora. Sepanjang pelayaran pasti banyak rintangan....angin kuat, air masuk kedalam bahtera, sistem enjin rosak, dan bermacam-macam lagi. 

Mungkin sepanjang pelayaran itu akan ada yang menyerah lalu terjun kedalam laut yang dipenuhi dengan jerung kerana tidak sanggup menghadapi rintangan ini. Maka usaha itu sia-sia kerana mati tanpa meninggalkan nama dan jasa.

Bagi mereka yang tetap sabar, akan terus mengemudi bahtera dengan penat jerih sehingga tiba di destinasi. Selepas tiba ke destinasi, meraka terpaku, tergamam dah syahdu kerena keindahan yang akan dikecapi di tempat yang di tuju sehingga lupa segala rintangan dan kesusahan yang telah dilalui .....

Perjuangan bukan satu benda yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan kebergantungan kepada Pencipta.